Tips pemakanan sihat

Ahad, 7 Februari 2010


1.    Jangan makan sehingga kenyang. Sebaik-baiknya,berhenti sebelum kenyang. Adalah lebih baik minum segelas air suam sebelum anda mula menikmati makanan. Makan sehingga kenyang akan mengakibatkan kalori tersisa dan tersimpan sebagai lemak di tubuh anda.

2.   Jadi diri sendiri, jangan meniru orang lain
3. Rancang program diet mengikut kemampuan diri. Jangan mensasarkan target yang terlampau tinggi. Tentukan target untuk berat badan ideal  anda. Cuba turunkan satu kilogram setiap minggu
4.    Makanlah saat anda lapar sahaja. Setiap kali anda hendak mula makan tanyalah pada diri sendiri apakah anda benar-benar memerlukannya.
5.    Jangan makan sewaktu anda hendak mula tidur. Tubuh akan menyimpan sebagai lemak. Makanlah ketika anda masih aktif,ini kerana makanan yang dimakan itu akan dibakar menjadi tenaga.
6.    Olahraga teratur juga banyak membantu anda untuk membakar kalori. Janganlah cemas menghitung kalori yang diambil ketika makan biarlah tubuh anda yang memutuskan bila dan berapa banyak sebenarnya yang diperlukan badan.
7.    Jika anda berasa lapar dan ingin mencapai sesuatu tunggu lima minit,makanlah sekiranya selepas itu anda masih terasa lapar.
8.    Jika anda makan hidangan yang besar ketika duduk jangan terus menelan makan itu. Rehatkan diri anda dan kunyahlah secara perlahan hal ini membuatkan anda mendengar apa yang dikatakan tubuh anda.
9.    Setelah selesai makan jangan terus duduk di meja makan anda kemungkinan akan menghabiskan makanan yang masih berbaki nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan